The following is an email that was replied to a friend of mine
who wrote several complains to the SPR regarding the abuse of the
Federal Government in access our data as citizen and the constant
"harrassments" that we receive in the forms of "well-wishing letters"
during festive seasons, sign off by none other than the Prime Minister
himself. This is the reply he has got.
From: SUB (PD) OPERASI [mailto:yusniati@spr.gov.my]
Sent: Friday, September 28, 2012 5:57 PM
To: Normaizatulakmal Binti Tujad
Cc: Sabri Bin Said
Subject: Re: eAduanSKMM: 0450/09/12
Puan,
Dimaklumkan saya merujuk kepada perkara di atas.
Dimaklumkan bahawa Peraturan 28, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya
(Pendaftaran Pemilih) 2002 memperuntukkan kuasa kepada SPR untuk menjual Daftar
Pemilih Induk dan Daftar Pemilih Tambahan dengan bayaran tertentu.
Manakala Peraturan 4 dan 6 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran
Pemilih) 2002 memberi kuasa kepada SPR untuk menentukan format Daftar
Pemilih Induk dan Daftar Pemilih Tambahan termasuklah susunan nama
pemilih dalam daftar pemilih tersebut.
Berdasarkan kepada kuasa ini, SPR telah menetapkan daftar pemilih mengandungi maklumat-maklumat seperti yang berikut:
(1) Bahagian Pilihan Raya Parlimen;
(2) Bahagian Pilihan Raya Negeri.
(3) Daerah Mengundi;
(4) Lokaliti;
(5) No. Siri;
(6) No. KP Lama;
(7) No. KP Baru;
(8) Jantina;
(9) Tahun Lahir;
(10) Nama Pemilih; dan
(11) No. Rumah.
SPR tidak membekalkan maklumat ALAMAT PENUH dalam Daftar Pemilih
Induk atau Daftar Pemilih Tambahan bagi maksud jualan atau untuk
kegunaan Pilihan Raya Umum atau Pilihan Raya Kecil.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“CEKAP DAN TELUS”
Saya yang menurut perintah,
..........tt..........
(YUSNIATI BINTI ISHAK)
Setiausaha Bahagian (Pendaftaran Pemilih) b.p. Setiausaha Suruhanjaya
Pilihan Raya Malaysia No. Tel: 03-8885 6669 No. Faks: 03-8888 9112 No.
H/P: 019-3594199
No comments:
Post a Comment